Kenali Google Adsense

Sejarah Adsense
Awalnya Google Adsense di jelmakan dari“Google Content-Targeted Advertising” salah satu program yang diperkenalkan semula pada March 2003. Walaupun program ini hampir sama dengan Adsense, Tetapi tidak semua pemilik laman web boleh ikut serta. Mereka harus berurusan langsung dengan Google dan salah satu syaratnya adalah' seorang penayang yang dipersetujui harus memiliki laman web yang memperoleh lebih dari 20.000 pelawat sebulan, Jika kurang dari jumlah tersebut tidak akan di persetujui oleh pihak google.

Seiring dengan tuntutan arus zaman,dimana perniagaan merambah pelbagai sisi dalam dunia maya/online, Syarikat Google mulai memikirkan satu kaedah untuk mendapatkan lebih banyak penghasilan yang akan diperoleh jika dapat di iklankan di mana laman-laman web. Sejak saat itu google adsense terbuka untuk semua laman web tak terkecuali dan tidak ada minimum traffic sebagai syaratnya. serta terbuka untuk semua laman web yang sesuai dengan ketentuan dan syarat google.Hingga hari ini, dan penggiat adsense tersebar diseluruh dunia,serta telah melahirkan ramai jutawan dunia maya.

Adsense merupakan satu kaedah yang tercepat mudah untuk memperoleh wang melalui laman web atau blog, baik itu blog peribadi tempat mencarut,atau menjual produk atau hanya mengandungi beberapa kerat artikel sahaja.

Dalam google adsense, pemilik website atau blog boleh menempatkan script kod tertentu di website mereka yang telah disediakan oleh google dan terhubung dengan server iklan Google. Kod tersebut memuatkan “kata kunci” dimana kelak akan diselaraskan dengan isi kandungan dalam blog atau laman web pengiklan.

Kita sebagai pemilik blog akan memperoleh bayaran/fee dari google dalam satu akaun khas ketika ada pelawat yang meng_klik iklan yang dipaparkan dari script adsense dalam blog atau laman web milik kita . Untuk menjadi ahli dan beriklan adsense ini adalah PERCUMA, kerana semua kos di tanggung para pemasang iklan di salah satu group google iaitu Adwords.

Untuk memantau jenis iklan yang akan dipaparkan dalam laman blog kita,sama ada iklan google adsense relevan atau tidak dengan kandungan blog kita, google mengirimkan “robot” yang akan mencrawler dan menganalisa kata kunci dalam sebuah blog atau laman web kemudian maklumat tersebut dihantar kepada pengetahuan google.

Berapakah penghasilan yang di Terima Dengan Google Adsense?

Untuk menjawab soalan ini, terletak pada 3 faktor utama :

Jumlah traffic laman web atau blog anda.
Berapa banyak klik iklan Adsense di blog Anda
Berapa nilai iklan yang di klik pelawat
Dengan nilai iklan sebesar 1 sen atau $5 hingga $50 per klik iklan adsense dalam blog anda, jadi tidak mengherankan kalau ada beberapa orang publisher mampu berpenghasilan $500 sehari melalui google adsense ini.

Untuk Menjadi Publisher Iklan di Google Adsense anda boleh lakukan di http://www.google.com/adsense. Pastikan anda telah membaca semua privacy policy nya dan Anda sudah memenuhi semua persyaratannya. Google juga memiliki “adsense policy” yang amat ketat dimana sewaktu-waktu mereka boleh mengeluarkan Anda dari program ini apabila Anda tidak dapat memenuhi persyaratan yang sudah ditentukan.

Jadikan google adsense untuk memperoleh WANG PERCUMA DARI BLOG ANDA.Rasanya tidak ada alasan tidak melakukan perkara ini sebab hal ini memang layak untuk dikerjakan

AdSense adalah program kerjasama pengiklanan melalui media internet yang diselenggarakan oleh Google. Melalui program pengiklanan AdSense, pemilik laman web atau blog yang telah mendaftar dan disetujui keanggotaannya dibenarkankan memasang unit iklan yang bentuk dan materialnya telah ditentukan oleh Google di halaman web atau blog mereka. Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan faedah berupa pembahagian keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung laman web, yang dikenal sebagai sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik.

Selain menyediakan iklan-iklan dengan sistem bayar per klik, Google AdSense juga menyediakan AdSense untuk pencarian (AdSense for Search) dan iklan arahan (Referral). Pada AdSense untuk pencarian, pemilik laman web dapat memasang kotak pencarian Google di halaman web mereka. Pemilik laman akan mendapatkan pemasukan dari Google untuk setiap pencarian yang dilakukan pengunjung melalui kotak pencarian tersebut, yang berlanjut dengan klik pada iklan yang disertakan pada hasil pencarian. Pada iklan arahan, pemilik laman akan menerima pemasukan setelah klik pada iklan berlanjut dengan tindakan tertentu oleh pengunjung yang telah disetujui antara Google dengan pemasang iklan tersebut.

Keuntungannya adalah kalau banyak yang mengklik iklan di laman web atau blog anda banyaklah hasil duitnya anda dapati dari google adsense.

Untuk Menjadi Seorang Blogger Adsense Yg Berjaya

Kunci kejayaan untuk seorang Blogger adalah adalah dengan menulis post2 yang bermutu (original) atau artikel2 yang menarik yg boleh menarik minat pengunjung datang ke blog anda. Ya, anda haruslah untuk menulis perkara yang benar-benar baik dan tulen,Menjana pendapatan blog memerlukan tahap kesabaran,idea berfikir yg kreatif dan usaha anda juga.Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat.

Visit this site.