Tips dan Panduan memilih nama domain.


tahukah anda:
1. Bagaimana memilih nama domain.
2. Nama domain yang baik.
3. Tips dan perkara berkaitan.
4. Keberkesanan?

Ini adalah sebahagian dari pemahaman saya berdasarkan pemerhatian dan serba sedikit kajian. Jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan.. mohon tegur dan tambah jika ada yang dirasakan patut.

1. Bagaimana memilih nama domain?
Merungkai persoalan ini, marilah kita lihat beberapa perkara yang perlu difahami dan diketahui.- mari kita lihat mengapa ada sesetengah domain boleh naik, dan ada yang diibaratkan bagai bangkai bernyawa?
Baiklah, untuk menjadikan domain anda terkenal atau sekurang-kurangnya diketahui ramai, terdapat beberapa faktor yang perlu anda tahu.
- target user
- potensi.

2. Nama domain yang baik
Saya bagi soalan cepumas, adakah anda sanggup menaip satu nama domain yang panjangnya melebihi 12 huruf? contohnya :
http://www.apalahpunyanamadomainpanj...lamacamnih.com berbanding www.cayalah.com atau lebih pendek www.123.com
Jadi, disini saya tekankan, lagi panjang nama domain anda, lagi kuranglah orang lawat dan juga saya mesti lupa nama domain tuh apa. Sangat leceh!
Sebaiknya, pilihlah sesingkat dan semudah sebutan yang mungkin. sebaiknya kurang dari 3 potong kata. (saya huraikan )
www.saya.com : SA YA ( 2 potong )
www.mereka.com : ME RE KA ( 3 potong )
www.hotmail.com : HOT MAIL ( 2 potong )
www.yahoo.com : YA HOO ( 2 potong )
www.ahaks.com : A HAKS ( 2 potong ) registered by mozaks.
www.pergh.com : PERGH ( 1 atau 5 potong | jika dikecaikan melalui huruf )

Selain itu juga.. ada yang lebih mudah melalui kiraan huruf per huruf spt:
www.msn.com : M S N ( 3 potong )
www.abc.com : A B C ( 3 potong )

dan jugak gabungan nombor
www.007.com : JAMES BOND!

Jelas bukan? dan ketahuilah impak yang berkaitan.. semakin panjang bererti :
SEMAKIN LECEH DAN MUDAH DILUPAKAN!.

3. Tips dan perkara berkaitan.
Mengunakan perkataan sinonim atau harian adakalanya lebih mesra dan juga senang diingati.
contohnya :
www.ketawa.com ( ini kurang bagus berbanding : )
www.ahaks.com atau www.hahaha.com bukan?

atau
satu perkataan seperti :
www.beatifulladies.com ( tak bagus ) BERBANDING
www.lenglui.com ( contohnya adalah lebih bagus dan menarik bukan? )
www.awek.com ( pun best jugak bukan? )
www.bestnya.com
www.wahlau.com
www.hampeh.com

Perhatikan.. apa yang anda nampak dan apakah ia mempunyai satu impak dan daya tarik!

4. Keberkesanan.
Keberkesan disini adalah merujuk kepada apa bagusnya tips saya ini berbanding dengan apa yang anda suka?

Tahukah anda, apabila anda mengunakan satu perkataan yang kita katakan simbolik dan jarang dengar, atau tidak ada pada kebiasaan ENGLISH LANGUANGE adalah satu kelebihan didalam ENJIN CARIAN samada yahoo google dan sebagainya.
Cuba anda fikirkan.. jika anda gunakan perkataan yang selalu ada dalam net. spt YOU, DESIGN, COOL dan sebagainya, adakah laman web anda akan berada dalam senarai terawal / terdahulu setiap carian? tentunya tidak bukan? kerana page rank akan senaraikan web yang paling glamer lebih dahulu. anda masuk lewat , nasiblaaa.
jadi pemilihan anda kepada domain yang mungkin:
- ada kaitan dengan BUDAYA, KAUM, NEGARA anda lebih memungkin ia senang diketahui dan disenarai utamakan dalam carian!
- sudah tentu dalam ENGLISH tidak ada perkataan HAMPEH, CAYALAH, WAHLAU, SRIVIJAYA etc. memungkin anda duduk dicarta teratas.

Cuba taip : PERGH kat google atau MOZAKS atau MYSTICMIND atau beberapa nama yang anda rasa ingin cuba. Jika tiada carian yang sepadan, inilah peluang anda mengisinya!.

Perkara dan bab tambahan:

Elakkan dari membuat satu laman web yang sudah pun ada PENDAHULU atau ada TERLALU BANYAK bagi bidang yang sama.. sebagai contoh :
Forum = Sudah terrrlalu banyak saya kirakan. apatah lagi ia adalah seperti berkaitan webdevelopement, grafik, internet dan lain-lain. Elakkan perkara yang stereotype.
Walaupun masih ada kebarangkalian anda mampu kehadapan, tetapi untuk bersaing dengan yang sedia ada adalah satu perkara yang agak susah!. Anda mungkin boleh bersaing jika:
a. anda ada lebih banyak isi ( contents )
b. anda ada komuniti tersendiri.
c. anda wajib ada attitude yang bagus sebagai seorang webmaster! ( jika komuniti )
Aspek diatas adalah perkara yang wajib dan penting .

Visit this site.